Ingat lagi semasa tingkatan 4, beriya hafal beberapa ayat daripada surah Al-luqman ni. dah lah panjang. sebab takut ustazah pilih kita baca in front of the whole class kann. so kena lah hafal. tapi dulu sekadar hafazan je kann
10 wasiat Luqman Al Hakim kepada anak-anaknya.
1.Jangan menyekutukan Allah
Menyektutukan Allah merupakan dosa paling besar yang tidak akan mendapat kampunan daripada Allah swt. Kita hendaklah meletakkan pergantungan hanya pada Allah swt.
2. Berbuat baik teradap ibu bapa
Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak terlalu banyak, tak terkira nilainya. Jadi, sebagai anak, kita kena berusaha menjadi anak yang disenangi dan sentiasa mendoakan mereka. Jom berdoa *Wahai tuhanku ampunkanlah dosa ku dan dosa kedua ibu bapa ku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil*
3. Sedar akan pengawasan Allah
Allah nampak setiap perkara yang berlaku walau sekecil atau sehalus mana sekalipun. Ingatlah bahawa setiap perbuatan akan didedahkan di akhirat kelak. Allah Maha Mengetahui.
4.Mendirikan solat
Setiap mukalaf wafjib mendirikan solat dengan sempurna yakni dengan khusyuk keraa ia dapat mencegah seseorang itu daripada kek buata melakukan kemungkaran.
5. Menyeru berbuat kebaikan
Tidak ada yang lebih mulia selain mengajak manusia kepada kebaikan. Jangan bertangguh untuk berbuat kebaikan!
6. Mencegah kemungkaran
Kita hendaklah berani mencegah kemungkaran. orang yang tidak mencegah kemungkaran merupakan orang yang tidak ada harga diri dan akan mendapat kutkan daripada Allah lantaran sikap mereka itu
7. SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP
Kita wajib bersabar terhadap hal-hal yang menimpa kita. itu adalah tanda-tanda seseorag itu mempunyai keimanan yang kuat. Kunci kemenangan terhadap segala tentaga atau rintangan adalah sabar
8. Tidak berlagak sombong
Sifat sombong hanyak layak bagi Allah. Seseorang yang sombong akan hilang harga dirinya dan rendah martabatnya
9. Ingatlah bahwa manusia itu akan mati.
Kita hendaklah sentiasa menghisab diri dan beersegera bertaubat apabila melakukan dosa. sebab mati boleh datang bila-bila masa sahaja. "surely we belong to Allah, and to Him we shall return"
10. Rendahkanlah suaramu
Janganlah meninggikan suara, Jangan sampai ada orang rasa terganggu dengan suara kita. Biar lah lembut dan sedap didenger. ehehhh
*macam skema jawapan SPM lah pula nampaknya. haha. Jazakillah ustaz sebab menyediakan nota ringkas yang banyak ilmu dan faedah*