Wednesday, March 27, 2013

Ini lah kisah aku

bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, Asasi Pintar sesi 12/13 pun dah sampai penghujungnya insyaAllah. Minggu depan ni kita orang akan menghadapi peperiksaan akhir sem. Semoga Allah berkati segala ilmu yang kita belajar dan permudahkan urusan kita pelajar asasi pintar. Semoga kita dapat lakukan yang terbaik dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Hmm So. Asasi Pintar. Sebenarnya kami ni biasa-biasa sahaja. Tak layak pun nama tu. Hmm tapi ya. Aku tak kan lupa asasi pintar. asasi pintar ni banyak ubahkan aku. Aku memang akan rindu Asasi Pintar. Sebab di Asasi Pintar aku jumpa orang-orang yang jadi kan aku macam ni sekarang. Banyak kenangan aku kat Kompleks Permata tu. Aku dah banyak menangis, gelak, ketawa, kecewa, bersuka, berduka, bergaduh, bercinta, mengeluh, kat situ. but those memories made  me who i am today.

yang aku ingat. aku masuk asasi pintar ni, aku fikir tempat ni akan jadi satu persinggahan je. pit stop. sebab setahun je kan? apa sangat la akan effect hidup aku.

tanpa aku sedari. aku ubah. sebabkan asasi pintar

aku masuk asasi pintar ni, tudung selebek. tak guna pin pun silang je dari bahu ke bahu. stokin tak pakai. lengan baju angkat sampai mana pun tak kesah. seluar ketat, baju singkat. Astaghfirullahal'azim. tapi itu la hakikatnya.

Namun duduk kat memana kita kena berkawan kan?

So aku berkenalan lah dengan 16 perempuan Asasi Pintar. sikit? ya, tapi cukup bagi aku. sudah berrmanfaat untuk aku.

Ada sebab aku ditempatkan di Asasi pintar ni. Ada sebab aku tolak MARA. Ada sebab aku tak dapat UM. ada sebab aku tak dapat fly. Semuanya ada sebab. Allah nak jadikan aku yang lebih baik. Jadi Dia temukan aku dengan orang-orang yang aku tak sangka aku boleh menjalinkan persahabatan yang kuat. Aku tak tau nak exspress feelings aku macam mana. Ya Allah. Aku bersyukur sangat aku jumpa dengan insan-insan yang sangat baik dan dapat ubahkan aku untuk jadi muslim yang lebih baik. Ya Allah. begitu Pemurah Dia. Begitu Penyangnya Dia.

Sebelum ni. siapa je lah aku? apa je lah yang aku tahu? mana aku tau ukhuwah tu apa. cetek ilmu agama aku kalau di bandingkan dengan diaorang ni. malu tau. malu. Aku tak penah pun dengar kisah-kisah nabi-nabi yang menjadi pengajaran. Aku tak nak bagi alasan aku duduk oversea sebab aku tak tau apa-apa tentang ilmu agama. Tapi ya. memang aku tak dididik pasal ilmu agama. aku tak pernah pergi sekolah agama. ayah mak aku tak pernah nasihatkan aku pasal agama. dulu aku tak kenal Allah. dulu aku tak mengerti Islam. aku tak tau apa itu aurat. solat. aku tak tau kenapa aku puasa. Aku tak reti mengaji. Jahil nya aku. Aku kesal. aku yang rugi. balik malaysia pun aku sama je. lagi teruk pun boleh. huru hara. sentuh sini sentuh sana. Terdedah sini sana. Tak ada siapa larang aku. Tak ada siapa terangkan kat aku haram halal. Tak ada siapa nak bagi nasihat. Tak ada siapa kenalkan aku kat Allah. Dosa menimbun-nimbun. Jahil. aku membesar dalam Jahiliah. Masa silam aku. Aku salahkan aku sendiri sebab aku tak penah ada usaha. Dan aku menyesal. Dan aku berasa rugi. Sebab aku tidak mengenali keindahan Islam itu.

Tapi Allah Maha Pemurah. Allah Maha Penyayang bukan?

Sungguh indah Allah bagi rahmat dan hidayah kepada hamba-hambaNya untuk berubah ke arah kebenaranNya.

Sedikit demi sedikit aku belajar. sedikit demi sedikit aku berubah. tanpa aku sedar pun. Allah bagi aku peluang. Allah hantar orang-orang yang baik kepada aku supaya aku dapat mengerti apa itu Islam. supaya aku dapat lebih mengenali siapa itu Allah swt.

Sampai lah sini di asasi pintar. aku bersyukur. Allah telah hantar kepada aku Izzah Nor, Hanis, Syahirah, Ainaa, Safura, Mardhi, Siti, Ain Fitria, Norazyan, Izzah Hameeda, Audi, Dayang, Alya.

Aku tak sangka aku dapat berjumpa dengan orang-orang macam ni. Mereka membimbing aku. membantu aku. begitu kuat ukhuwah yang kita bina. mereka tak malu nak tegur kesilapan aku. mereka bagi nasihat .sedikit demi sedikit mereka berjaya  runtuh ego aku. mereka dapat lembutkan hati aku. 

dulu mana aku tau apa tu usrah? siapa nak ajak aku pegi usrah? aku tak tau pun tudung ada 45, 50 60. siapa nak kenal kan kat aku surah al  kahf. siapa nak ajak aku baca al mathurat? siapa nak ajak aku qiamulai? tak kenal pun siapa Hilal Asyraf or Fatimah Syarha dulu? siapa nak kenal kan aku siapa tu Hijjaz? UNIC? In-Team? Siapa nak ajak aku pergi Kem Sinergi? siapa nak kenalkan aku UKHUWAHFILLAH? aku tak faham kenapa aku selalu sedih? kenapa aku tak dapat kebahagiaan seperti orang lain? 

"La Tahzan. Innallaha ma'ana"

ayat yang aku selalu ulang bila aku ditempuh dugaan dan cabaran, semasa aku tengah membina kekuatan iman. pendek. tapi bermakna. memang aku serius aku cakap. hati aku selalu resah. gelisah. jiwa aku tak tenteram semasa aku masih tengah mencari diri. emosi aku tak stabil. bila happy, happy yang berpura-pura. sedih. sampai sedih yang melampau. sampai aku tak boleh nak menahan kesedihan. dan aku tak boleh nak pendam perasaan. asik nak salahkan diri. asik nak cari kesalahan orang. semuanya tak betul. semunya salah. tak jumpa erti kebahagiaan. dan pada masa itu aku berasa jauh. jauh daripada Allah.

daripada kisah Nabi Musa. Allah telah berjawab:
"Aku lebih dekat dari ulat leher kalian..atau dimana saja kalian menghadap distu wujud wajahKu...dan Aku ini maha meliputi segala sesuatu."

dan aku jumpa satu ayat ni.

"If you ever feel the distance between you and Allah is getting bigger, just remember that Allah hasn't moved an inch"

Tersedarlah aku bahawa Allah sentiasa ada dengan hamba-hambaNya. Aku je yang buta hati. dan aku musahabah diri. aku pergi dekat kawan-kawan aku. meluahkan persaaan aku. segala isi hati aku. aku menangis. dan mereka menangis bersama-sama aku. itu ukhuwahfillah. mereka tak berhenti-henti bagi nasihat, kata-kata motivasi supaya aku kuatkan diri. ingat Allah. ingat Allah. itu ukhuwahfillah. mereka ingatkan aku ini semua ujian daripada Allah. dan aku patut bersyukur Allah bagi ujian kat aku. sebab ujian itu tanda kasih sayang daripada Allah. itu ukhuwahfillah. subhanAllah. kerana ukhuwah yang kuat kita jalinkan. kerana sahabat-sabahat. dan kerana Allah. dari situ. aku mulakan satu penghijrahan. aku mulakan azam baru. seperti terdetik satu cahaya di dalam hati aku.

"Kalau kita berubah  untuk jadi baik kerana Allah, Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita."

SubhanAllah. indahnya rahmat Allah bagi. Indahnya persahabatan kerana Allah. Ukhuwah yang kita bina kerana Allah. Tak sangka aku dapat ubah macam ni. Aku bersyukur sangat dapat kawan-kawan yang  mendampingi aku ketika aku susah, lemah, sedih, dan kecewa. Allah hantar mereka untuk beri semangat kepada aku untuk terus ke arah jalan Allah. supaya aku menjadi lebih kuat. supaya aku dapat bina iman yang lebih teguh. supaya aku menjadi hamba yang bersyukur. supaya aku jadi muslimah yang lebih bertaqwa. SubhanAllah.aku telah berubah 360 darjah. aku bukan lah aku yang dulu. Alhamdulillah. aku telah tinggalkan zaman jahiliah aku. MaasyAllah. Indahnya hidayah Allah bagi kat aku.

Begitu kuatkan persahabatan bila kita bina bedasarkan Allah? dengan asasnya Iman? SubhanAllah. sekarang aku faham apa tu persahabatan. dan aku berasa untung aku dapat merasainraya. Alhamdulillah. aku tau apa tu rasa kebahagiaan yang sebenar. Kebahagiaan apabila segala yang kita lakukan kita akan ingat Allah. Semua yang kita buat semua kerana Allah. Allahuakbar.

yang dulu tak pakai stokin. sekarang peliknya tak berstokin. yang dulu tak penah beli hand socks. sekarang menimbun-nimbun handsocks dalam drawer. yang dulu pakai skinny jeans. sekarang aku pakai sluar slacks je and nak start pakai skirt. yang dulu tak suka pakai baju kurung. sekarang bukan setakat baju kurung, berjubah lah jadi pilihan. yang dulu tak pakai tudung. sekarang aku lebih selesa pakai tudung labuh. yang dulu  pakai baju ketat dan sendat. sekarang aku pilih untuk berpakaian yang labuh dan longgar. yang dulu anti gila lagu nasyid. sekarang lagu nasyid la yang aku nyanyi. yang dulu suka bergaul sakan dengan lelaki. sekarang aku jaga batasan. yang dulu tak penah jadi imam, sekarang aku boleh imamkan adik and mak. yang dulu cintan cantun dengan manusia. sekarang cinta aku hanya kepada Yang Esa. 

dan InsyaAllah. If God is willing. aku akan terus istiqamah dalam penghijrahan ini. 

"bila aku berkata aku sedang berubah.
.kadang kala diri ini terbatas juga.
maka,
tegurlah, bukan menghukum
sayangilah, bukan memfitnah
maafkanlah, bukan membenci
senangkanlah, bukan menyusah.
diri ini masih lemah, mudah terlupa mudah terleka. 
aku perlu panduan"


Di sini. aku hanya nak menyampaikan cerita aku.

who would have thought a city girl like me living the ultimate city life could change to become a muslimah?

dan semestinya. dalam setiap perkara yang kita lakukan , ada manusia mungkin tak senang hati tengok kita. mungkin ada yang akan mempersoalkan penghijrahan kita. berkata "ish. menunjuk-nunjuk je dia ni" ataupun "tak payah nak bajet alim sangat la." ingat. hanya Allah swt sahaja yang berhak menilai hamba-hambaNya. sama ada aku menunjuk-nunjuk, bajet  sahaja, atau benar ikhlas kerana Allah swt. Allah Maha Mengetahui. dan bila orang lain tengok orang yang telah berhijrah. berkata "oh. dia ni.. dah lain la.. dah berubah ekk.." dan terdetik di hatinya ingin menjadi seperti orang itu. tidak kah dakwah kita sampai kepada orang lain?  semestinya ada yang akan bahan? mungkin. mengutuk? mungkin. mengejek? mungkin. tapi itu semua ujian daripada Allah. untuk aku jadi muslimah yang lebih kuat.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. terima kasih Allah.

SubhanAllah. Islam itu mudah. Islam itu indah. Allah Maha Pemurah. Allah Maha Penyayang.

Allah Maha Pengampun 

"sejauh mana kaki kita tersasar ingatlah, Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita"

Jangan lah hilang harapan. Sesungguhnya Allah tak pernah hilang harapan terhadap hamba-hambaNya untuk berubah jadi lebih baik.

 Allah will always give you a chance to be better. Allah loves his creations. Allah is fair. Allah is loving. Allah is giving. Allah will give His forgiveness to those who earn it. to those who obey Him. to those who is willing to change because of Him.

Bertaubat lah sayang-sayang sebelum terlambat. Rahmat Allah luas. Rahmat Allah sentiasa ada.

Kita nak jadi penghuni Jannah kan sayang? kita tak nak lah tercampak dalam Jahanam sana. sanggup kah? nauzubillah min zalik.

"Berubahlah sayang. Allah sentiasa menantimu"

SubhanAllahh walhamdulillah wa lailahaillallah huallahuakbar.

Di sini aku ingin memohon seribu kemaafan serta keampunan dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalau ada apa-apa tesilap kata, sila tegur :)

Assalamualaikum.