Monday, February 3, 2014

Post Examination thoughts

Bersungguh-sungguh kan kita study untuk lulus exam? sanggup kita stay up malam-malam sampai lebam mata. bangun awal pagi untuk mengulang kaji. tak nak turun pegi cafe untuk makan. tak nak jumpa kawan-kawan. kita sanggup buat semua tu untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.. di dunia.. 
tapi adakah kita bersungguh-sungguh untuk dapat keputusan cemerlang pada hari akhirat? adakah kita bersusah-payah untuk lulus ujian Allah? peperiksaan hujung sem pun baru lepas. so aku terfikir. hmm "I do too little tarbiyah, and too little dakwah, and yet I expect to enter Jannah?" Ayat cover blog Angel Pakai Gucci. ouch ouch ouch ouch.

Hinanya hambuMu ini. aku buat. kau buat. kita buat. But its never late to change. Its never too late to repent. Jangan putus asa mencari Rahmat Allah. Sebab Allah swt yang kata

"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(surah az-zumah : 53)