Sunday, April 28, 2019

Dia yang ku rindui


Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Pagi tadi tengok Tanyalah Ustaz Di TV3, tajuk harini ialah 'mengenali rasul'. Dapat dengar perkongsian dari Ustaz tentang bagaimana dan kenapa perlunya kita beriman kepada Rasul.

Masa tengah drive, di radio pula cerita tentang hadith di atas. Kelebihan kita berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Buku yang aku tengah baca pun, baru habis bab 'perintah untuk mengikut sunnah-sunnah Rasulullah' dan dalam bab tu tertulis la ayat-ayat Al-Quran di bawah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’”
[Ali 'Imran: 31]

وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan taatlah kepada Rasul supaya kamu diberi rahmat.” [An-Nuur: 56]

Allah SWT memang sweet sangat.

Aku sebenarnya risau. Risau yang semangat aku semakin pudar. Iman tu tak stabil. Kadang-kadang berada di atas, tinggi, tapi kita kan manusia, dan akan ada masanya ia akan mula menurun. 

Istiqamah is not easy.

But today all these reminders of Nabi Muhammad saw, I guess all these hints and reminders today, was Allah reminding me, like Allah is speaking to me 'Ain terus kuatkan semangat.' and to make me remember time I was in Madinah in Masjid Nabawi, in Masjidil Haram, Makkah. The time semangat berkobar-kobar.

A reminder to always do your best, to set Nabi Muhammad saw an example, to love him saw.
Nabi Allah. Kekasih Allah. Yang diagungkan dalam Al-Quran. Masatu aku sangat kagum dengan baginda, aku sangat menghargai jasa dan pengorbanan baginda, aku sangat mencintai baginda. Masatu aku merasai kemanisan iman 'mencintai Allah SWT dan Nabi Muhammad saw lebih dari segalanya' . Dan aku rindu. Rindu nak rasa macam Tu. Dan takut jika perasaan itu mula pudar. Aku berdoa kepadaNya, 'Ya Allah penuhkan dada ku dengan Iman dan perlihara ia sepanjang hidupku. '

Whatever happens, if you feel like your spirit is fading , Tetaplah jaga hubungan dengan Allah. Always pray to Allah. Pray to Him to increase your excitement in doing Ibadahs, to increase your faith, to protect you from the things that make you forget Him. Always have faith in Him. You'll be surprise with all His little reminders and answers to you, even without you noticing it. 


Ya Allah, cucurilah rahmat, kesejahteraan, keberkatan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW, dan keatas keluarganya, dan sahabat sekalian